Sunday, September 26, 2010

Memohon dan Memaafkan Sesame Insan

Kenapa Perlu Cepat Meminta Maaf?


Hati terguris perlukan ‘ubat’ – Minta maaf adalah ubat yang paling mujarab jika kita ikhlas semasa meminta maaf. Kadang-kadang apa yang kita katakan disalah anggap oleh teman rapat atau orang sekeliling, dan ada yang dah berkecil hati dan rasa useless dan tak bersemangat. Kalau korang sedar yang kata-kata korang tu membuatkan mereka bermasam muka, cepat-cepatlah minta maaf dan jelaskan kenapa korang berkata begitu dengan menyunting semangat balik kepada orang tersebut.


…dan d'satu pihak lg hendaklah;


…dan hendaklah mereka memaafkan serta melupakan kesalahan orang-orang itu; tidakkah kamu suka supaya Allah mengampunkan dosa kamu? Dan (ingatlah) Allah Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani.” Surah An-Nuur ayat 22.


“Maafkanlah semua orang sebelum anda tidur setiap malam bagi mencuci hati dan mencerdaskan minda” ~ Pesanan dari Dato’ Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah


Wallahualam

No comments:

Post a Comment