Friday, November 19, 2010

Guru Tukar Suka Sama Suka

Salam,

Sekiranya ada cikgu2 yg ingin bertukar ke Terengganu;


Opsyen : Sains Bio


Untuk makluman, isteri saya ingin bertukar ke Kajang (PPD Hulu Langat / kawasan sekitar dengannya).


Berminat sila hubungi;
013-9603556 (Ros)
013-3632002 (Mie)

Sunday, September 26, 2010

Memohon dan Memaafkan Sesame Insan

Kenapa Perlu Cepat Meminta Maaf?


Hati terguris perlukan ‘ubat’ – Minta maaf adalah ubat yang paling mujarab jika kita ikhlas semasa meminta maaf. Kadang-kadang apa yang kita katakan disalah anggap oleh teman rapat atau orang sekeliling, dan ada yang dah berkecil hati dan rasa useless dan tak bersemangat. Kalau korang sedar yang kata-kata korang tu membuatkan mereka bermasam muka, cepat-cepatlah minta maaf dan jelaskan kenapa korang berkata begitu dengan menyunting semangat balik kepada orang tersebut.


…dan d'satu pihak lg hendaklah;


…dan hendaklah mereka memaafkan serta melupakan kesalahan orang-orang itu; tidakkah kamu suka supaya Allah mengampunkan dosa kamu? Dan (ingatlah) Allah Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani.” Surah An-Nuur ayat 22.


“Maafkanlah semua orang sebelum anda tidur setiap malam bagi mencuci hati dan mencerdaskan minda” ~ Pesanan dari Dato’ Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah


Wallahualam

Thursday, September 09, 2010

Ucapan Hari Raya 2010

Salam Ramadhan buat sahabat handai & kenalan semua,


Semoga Aidilfitri tahun ini akan memberikan lebih semangat untuk kita berusaha dengan lebih gigih untuk menjadi insan yang berjaya di dunia dan akhirat. Semoga segala amalan kita sepanjang bulan Ramadhan ini di terima oleh Allah SWT.


Selamat Hari Raya & ampun maaf pada semua kalau ada terkasar bahasa & perbuatan yg menyinggung hati. Juga halalkan jika ada termakan & terminum yg bukan hak saya.


Do be safe in driving around during the break and have a great time with family and friends!


From ;

MSuhaimi + Rose = Muhammad Afiq Hasif

Monday, July 12, 2010

Trip ke Penang yg tergendala.....

Semuanya telah siap sedia untuk perjalanan hari ni. Majlis keberangkatan anakda sulong ke USM Penang, dengan diiringi kaum kerabat yang terdekat. Namum, perjalanan terkandas buat beberapa jam dek kerana masalah2 yang tidak dapat dielakkan. Kelewatan sampai dijangkakan….


Petrol mencurah-curah keluar di bahagian belakang. Investigation sedang dijalankan untuk mengenalpasti kerosakan. Di harap part ganti akan mudah diperolehi.




Nampaknya punca telah dikenalpasti. Namun pemeriksaan teliti perlu dijalanlan memandangkan perjalanan kali ini agak jauh. Bimbang perkara2 yang tidak di ingin akan berlaku kembali.




Nampaknye enko lah punya angkara! kecik je barang yang rosak tu yang memaksa kami menunggu berjam2 lamanya. Mahunye tak lama... tunggu mekanik satu hal, tunggu repair pulak satu hal. Gedebak-gedebuk, tghari jugak baru bleh bertolak dan meneruskan perjalanan.



Berkat kesabaran perjalanan diteruskan. Laluan berliku dan berbukit di sepanjang perjalanan. Gaung yang curam, berbukit dan jalan bengkang-bengkok di sepanjang lebuhraya (Grik) sangat mengerunkan, dan akhirnya kami sampai ke destinasi hampir malam.


Hari ini dah jadi macam `machine’. None stop driving started from KL-Trg-Penang. Walaupun penat tapi okay lah semuanya berjalan dengan lancar sebagaimana yang dirancang. Apa2 pun badan kene recharge dulu kerana bsok hari turn untuk perjalanan pulang pula from Penang-Trg-KL.


Saat2 begini kalu dapat urut seluruh badan.... sedap!


Wassallam