Monday, July 12, 2010

Trip ke Penang yg tergendala.....

Semuanya telah siap sedia untuk perjalanan hari ni. Majlis keberangkatan anakda sulong ke USM Penang, dengan diiringi kaum kerabat yang terdekat. Namum, perjalanan terkandas buat beberapa jam dek kerana masalah2 yang tidak dapat dielakkan. Kelewatan sampai dijangkakan….


Petrol mencurah-curah keluar di bahagian belakang. Investigation sedang dijalankan untuk mengenalpasti kerosakan. Di harap part ganti akan mudah diperolehi.




Nampaknya punca telah dikenalpasti. Namun pemeriksaan teliti perlu dijalanlan memandangkan perjalanan kali ini agak jauh. Bimbang perkara2 yang tidak di ingin akan berlaku kembali.




Nampaknye enko lah punya angkara! kecik je barang yang rosak tu yang memaksa kami menunggu berjam2 lamanya. Mahunye tak lama... tunggu mekanik satu hal, tunggu repair pulak satu hal. Gedebak-gedebuk, tghari jugak baru bleh bertolak dan meneruskan perjalanan.



Berkat kesabaran perjalanan diteruskan. Laluan berliku dan berbukit di sepanjang perjalanan. Gaung yang curam, berbukit dan jalan bengkang-bengkok di sepanjang lebuhraya (Grik) sangat mengerunkan, dan akhirnya kami sampai ke destinasi hampir malam.


Hari ini dah jadi macam `machine’. None stop driving started from KL-Trg-Penang. Walaupun penat tapi okay lah semuanya berjalan dengan lancar sebagaimana yang dirancang. Apa2 pun badan kene recharge dulu kerana bsok hari turn untuk perjalanan pulang pula from Penang-Trg-KL.


Saat2 begini kalu dapat urut seluruh badan.... sedap!


Wassallam